27 July 2009

Rekaan paling selamat

PENGELUAR kenderaan gergasi Sweden, Volvo mengukuhkan keunggulan dalam keselamatan automotif apabila melancarkan model 'Crossover' dengan reka bentuk menarik, Volvo XC60.

PENGELUAR kenderaan gergasi Sweden, Volvo mengukuhkan keunggulan dalam keselamatan automotif apabila melancarkan model 'Crossover' dengan reka bentuk menarik, Volvo XC60.

Dianggap sebagai kereta paling selamat dan menakjubkan yang pernah wujud, XC60 jentera paling sempurna pernah dihasilkan Volvo.

Presiden Volvo Car Malaysia, Robert Norrman, berkata model terbaru itu bakal menarik perhatian ramai melalui reka bentuk dan ciri keselamatannya.

"Ini adalah kereta masa depan. Saya bangga memperkenalkan kepada Malaysia kereta yang luar biasa ini.

"Rakyat Malaysia pandai menilai dan lebih 12 unit sudah ditempah walaupun mereka belum melihat sendiri kenderaan ini," katanya.

Katanya, dengan XC60, Volvo Car Corporation mempunyai interpretasi baru bagi reka bentuk DNA untuk meningkatkan kehadirannya di pasaran global.

"Volvo mahukan lebih perasaan, emosi dalam reka bentuk keretanya supaya XC60 dapat dikenali serta-merta.

"Volvo juga menekankan kepimpinannya dalam keselamatan automotif dengan menjangkau lebih jauh daripada sempadan keupayaan," katanya.

Menurutnya, pengetahuan dan penyelidikan mengenai ciri keselamatan kenderaan Volvo sejak 80 tahun lalu menjadikan XC60 kenderaan sempurna.

Volvo XC60 adalah kenderaan pertama memperkenalkan Keselamatan Kota (City Safety) iaitu teknologi keselamatan unik pertama di dunia membantu mengelakkan perlanggaran kelajuan rendah di kota.

Sekiranya berlaku perlanggaran, Keselamatan Kota akan memperlahankan XC60 secara automatik bagi mengelak keseluruhan perlanggaran atau mengurangkan impak.

Norrman berkata, XC60 model terlaris bukan sahaja di Sweden atau Eropah, tetapi di seluruh dunia.

"Di bahagian bawah, kuasa XC60 yang tidak dapat disangkal manakala pada bahagian atas garis pinggang pula, garisan bergaya melakarkan profil dan karisma sukan bagi kereta coupe anggun dan cantik," katanya.

Bagi pasaran tempatan, Volvo membawa masuk dua varian diimport sepenuhnya (CBU) iaitu enjin T6 turbo enam silinder yang mengeluarkan 285 kuasa kuda, Pacuan Semua Roda (AWD) dengan Keselamatan Kota (City Safety) dipasang sebagai standard pada semua varian.

Ia berharga RM360,000 (tidak termasuk insurans) bagi versi XC60 T6 LE dan RM330,000 (tidak termasuk insurans) bagi XC60 T6 SE.


0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews