29 July 2009

Perokok tak takut kotak 'kaki gangren'


PEROKOK lebih gemar memilih kotak imej kaki gangren (atas) atas andaian ia bukan kesan buruk tabiat itu dan tidak menakutkan.


KUALA LUMPUR - Hasil kajian awal Kementerian Kesihatan mendapati golongan perokok lebih gemar memilih kotak yang memaparkan imej kaki gangren dengan tafsiran ia tidak ada kaitan dengan mereka dan hanya untuk pengidap kencing manis sahaja.

Lima imej lain pada kotak rokok yang dikuatkuasakan sejak 1 Jun lalu ialah bayi pra matang, kanser mulut, kanser paru-paru, keguguran janin dan kanser tekak.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zarihah Zain berkata, kajian itu dilakukan menerusi soal selidik dan maklum balas daripada para peniaga.

"Kita hanya akan dapat hasil penuh kajian akhir tahun ini tetapi daripada apa kita tahu setakat ini, kotak rokok imej kaki lebih digemari,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kementerian Kesihatan telah menetapkan kotak rokok mesti mengandungi 40 peratus grafik yang dicetak pada bahagian depan dan 60 peratus di belakang.

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews