22 July 2009

Pemburu coli anak dara


MOHD. YUSUF menunjukkan antara pakaian dalam anak dara ditemui di Bukit Mak Samah, Kemaman semalam.

KEMAMAN - Beberapa anak gadis di beberapa buah kampung sekitar Binjai di sini, 'bingung' kerana seluar dalam dan coli mereka yang dijemur di ampaian kerap hilang sejak seminggu lalu.

Kejadian pelik itu dipercayai dilakukan suspek yang dikatakan seorang yang gila seks serta kemaruk pakaian dalam anak dara atau untuk tujuan ilmu hitam.

Bagaimanapun, kehilangan 'barangan peribadi' itu berjaya dikesan ekoran penemuan beberapa coli dan seluar dalam pelbagai saiz dan warna di Bukit Mak Samah di sini semalam.

Penemuan itu dimaklumkan oleh seorang penduduk, Mohd. Yusuf Yasa', 43, yang terkejut melihat pakaian dalam diikat pada sebatang ranting kayu yang dipacak di kawasan terpencil itu semalam.

Menurut beliau, ketika bersiar-siar di bukit itu, dia ternampak objek yang pada mulanya disangka bendera kecil.

credit - kosmo

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews