16 July 2009

Patutlah bunyi cot cret cot cret

KUANTAN: Seorang wanita tidak menyangka bunyi `aneh' didengari dalam bilik anak
saudaranya rupa-rupanya suara seorang lelaki menyelinap masuk sebelum mengadakan
hubungan seks dengan gadis itu di Kampung Sungai Karang Pantai, di sini, Ahad
lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, wanita berusia 30 tahun itu menemui remaja
berusia 17 tahun sedang meniarap di bawah katil dan hanya berseluar pendek.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Nordin
Mustapha, berkata sebelum kejadian, lelaki terbabit yang tidak bersekolah
dipercayai menyelinap masuk melalui tingkap.

Menurutnya, bagaimanapun, ibu saudara kepada gadis berusia 14 tahun itu kemudian
terdengar seolah-olah orang mengerang dalam bilik lalu mengetuk pintu sebelum
dibuka gadis terbabit.

Katanya, hasil pemeriksaan, wanita terbabit menemui lelaki itu sedang meniarap
bawah katil dan mengakui baru melakukan hubungan seks dengan gadis berkenaan
yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah, di sini.

Lelaki berkenaan kemudiannya menyerah diri kepada keluarga berkenaan dan
bersedia menerima hukuman walaupun selepas dimaklumkan mereka akan membuat
laporan polis.

Berikutan kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan polis petang kelmarin
menyebabkan sepasukan anggota polis mengesan lelaki itu di kawasan berkenaan.

Nordin berkata, polis kemudiannya menahan lelaki terbabit tidak jauh dari rumah
mangsa bagi membantu siasatan.

"Mangsa pula dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk
rawatan dan dia disahkan mempunyai kesan koyakan pada kemaluannya akibat
hubungan seks.

"Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan manakala
suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu
siasatan," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews