21 July 2009

`laluan tarik'


KANGAR: Ada benda tarik. Itu ungkapan biasa daripada pemandu yang kemalangan di Jalan Lencongan Barat Timah Tasoh di Kampung Guar Jentik dekat sini, apabila mendakwa stereng kenderaan mereka ditarik sesuatu sehingga menyebabkan terbabas dalam petak sawah di kawasan itu.


Dalam kemalangan terbaru di kawasan itu pada jam 11 pagi semalam, seorang penumpang cedera parah di kepala selepas kereta Proton Saga dinaikinya terbabas ke dalam petak sawah manakala dua orang lagi termasuk pemandu, Azizan Darus, hanya cedera ringan.

Setakat ini, 18 kemalangan dilaporkan tahun ini termasuk tiga kes sepanjang Julai di kawasan itu sehingga menyebabkan laluan berkenaan digelar 'laluan tarik' berikutan dakwaan sebahagian besar mangsa stereng kenderaan mereka seolah-olah ditarik sesuatu sehingga kemalangan

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews