06 July 2009

Hypermarket Maya Malaysia Kini Dibuka

PUTRAJAYA 6 Jul - RightShoppe (Putrajaya) Berhad telah memulakan perniagaan Hypermarket Maya Malaysia melalui alamatwww.rightshoppe.com.my. Pelbagai barangan boleh diperolehi daripada Hypermarket Maya ini dan dikhaskan kepada penduduk-penduduk di Putrajaya sahaja bagi penghantaran terus ke muka pintu.

Walau bagaimanapun sehingga kini, Hypermarket Maya ini telah mampu menjadi landasan kepada usahawan-usahawan Bumiputera di luar negara seperti Ireland, UK, Bangladesh dan USA. Selain itu, Hypermarket Maya ini juga menjadi rujukan untuk mendapatkan produk-produk Halal dari Malaysia bagi pelajar-pelajar Malaysia yang berada di luar negara seperti Timur Tengah dan Eropah.

Buat masa ini Hypermarket Maya hanya memberikan perkhidmatan pintu ke pintu kepada kakitangan dan penduduk di Putrajaya sahaja dan akan dikembangkan ke Pulau Pinang (Pulau) sedikit masa lagi yang akan diuruskan oleh The RIGHTS (Penang) Berhad.

Begitu juga bagi kawasan-kawasan padat lain seperti Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Batu, Kepong dan Damansara Damai.

RightShoppe (Putrajaya) Berhad juga mengalu-alukan kepada usahawan-usahawan yang mempuyai produk (Makanan, Minuman, Teknologi, Perkhidmatan, Kosmetik, Herba, Barangan Kontraktor dan apa sahaja boleh di senaraikan di dalam Hipermarket Maya ini.


The RIGHTS juga sedang membangunkan beberapa Kedai Fizikal iaitu RightShoppe Kedai Serbanika Halal di Parit Raja, Johor dan beberapa lokasi lagi di seluruh negara. RightShoppe Kedai Serbanika Halal akan menjual semua produk yang sesuai di dalam Kedai Fizikal ini yang telah disenaraikan di Hipermarket Maya.

RightShoppe (Putrajaya) Berhad mempelawa semua usahawan produk untuk menyenaraikan syarikat / perniagaan serta produk mereka di Hipermarket Maya Malaysia ini. Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi En. Rizman di talian telefon 03-89410030 atau telefon tangan 012-6406212.

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews