24 July 2009

Drogba pasti sukar disekat


DROGBA dihalang penjaga gol Inter, Vid Belec.


LOS ANGELES - "Didier Drogba bakal menjadi pemain penyerang yang tidak mampu disekat pertahanan lawan."

Demikian ramalan pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti mengenai kehebatan penyerang antarabangsa Ivory Coast itu.

"Drogba seorang pemain yang cukup penting. Dia tidak boleh diganti dan tiada penyerang lain di dunia yang mampu melakukan tugas sebaiknya.

"Saya yakin terhadap Drogba dan dia juga memberitahu saya bahawa dia gembira kekal di Chelsea," kata Ancelotti.

Pada aksi persahabatan pra musim bertemu Inter Milan kelmarin, Drogba menjaringkan gol pertama dari jarak 30 meter menewaskan Vid Belec pada minit ke-10 sebelum Frank Lampard menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-50 untuk kemenangan 2-0.

Kelibat Drogba, 30, sebelum ini telah menarik minat Inter dan juga AC Milan untuk mendapatkannya tetapi pemain itu sendiri menyatakan dia tidak akan meninggalkan Chelsea.

Sebelum itu, Drogba berdepan musim penuh sukar di Stamford Bridge selepas dia gagal menyakinkan bekas pengurus Chelsea, Phil Scolari.

Namun, Drogba enggan mengalah dan kembali menemui rentaknya di bawah kendalian pengurus sementara, Guus Hiddink sebelum disusuli Ancelotti. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews