16 July 2009

Bayang wajah Jacko di bonet kereta

MENAKUTKAN...imej pada bonet kereta Slogget yang
terbias daripada gumpalan awan.

LONDON: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ada imej Michael Jackson dirakam pada bonet keretanya, hanya 13 jam selepas penyanyi itu mati bulan lalu.

Bapa kepada dua anak, Gary Sloggett, berkata dia sengaja mengambil gambar kereta jenis Rover 200 itu untuk diiklankan dalam majalah.

Berasal dari Stafford, Sloggett berkata, apabila imej dari kamera itu dimuat naik ke komputernya, dia terkejut melihat seolah-olah wajah Michael merenung ke arahnya.

“Ia amat luar biasa.

“Satu-satunya hujah menjelaskan keadaan ini adalah pembentukan awan yang terbias di atas bonet kereta saya,” katanya.

Selepas menunjukkan gambar itu kepada beberapa rakannya, kata Slogget, semua berpendapat imej itu memang membayangkan wajah Michael. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews