25 June 2009

Kalau nak lulus kena kasi cek dan seks..

CYBERJAYA: Seorang pensyarah warga asing di sebuah universiti swasta bertaraf
antarabangsa di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
kerana disyaki meminta rasuah seks dan wang tunai bagi meluluskan peperiksaan
pelajarnya.

Pensyarah lelaki berusia awal 50-an itu ditahan, kira-kira jam 5 petang semalam,
selepas SPRM menerima aduan daripada seorang pelajar perempuan universiti
berkenaan.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi Berita
Harian malam tadi, mengesahkan penahanan pensyarah terbabit tetapi enggan
mengulas lanjut.

"Perkara berkenaan masih dalam siasatan dan pengumuman lanjut mengenainya akan
dibuat selepas kes itu selesai disiasat," katanya.

Sumber memberitahu Berita Harian, selain habuan seks, pensyarah berkenaan turut
mengambil sogokan berjumlah RM800 daripada pelajar terbabit sebagai ganjaran
untuk meluluskan peperiksaan yang didudukinya.

Suruhanjaya itu juga sedang menyiasat kemungkinan pensyarah itu pernah meminta
rasuah yang sama daripada pelajar lain sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews