20 June 2009

Dicekup berasmara dalam kereta

JITRA: Sepasang kekasih yang sedang asyik berasmara dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah kereta tidak menyedari aksi tidak senonoh mereka dilihat pengguna jalan raya lain sebelum mereka ditahan pihak berkuasa, malam kelmarin.

Pasangan berusia 20-an itu dilihat melakukan aksi ghairah hampir sejam turut diperhatikan anggota polis dari unit peronda yang kebetulan berada tidak jauh dari kawasan itu iaitu di Kilometer 33.4, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Changlun, kira-kira jam 10 malam.

Bagaimanapun, drama romantik itu berakhir apabila anggota polis peronda terbabit kemudian mengetuk pintu kereta terbabit dan menahan mereka sebelum diserahkan kepada penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), tidak lama kemudian.

Ketika pemeriksaan, dua anggota polis peronda itu mendapati pasangan itu didapati sedang asyik bercumbu tanpa menghiraukan apa yang berlaku dengan menjatuhkan kerusi tempat duduk penumpang hadapan tanpa menyedari kehadiran anggota polis berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews