24 June 2009

Berwaspada bila singgah di Hentian Lebuhraya

Kalau singgah bersolat, mkn atau apa pastikan seseorang akan memerhatikan kereta
anda dari jauh....
Kejadian semasa cuti sekolah yg lalu,
Kawasan utara:
Hentian Juru arah ke utara, sepasang berbangsa arab pukau driver lori kononnya
nak tukor duit RM5 tp dlm keadaan x sedor driver lori abih duit semua dia kasi..
Hentian kecil Tikam batu arah ke utara, kejadian melarikan kereta mewah yg
dlmnya ada budak, sibapa sedang kencing tinggalkan keter engin x dimatikan.
Gurun arah ke selatan, kejadian membuka penutup bawah tangki air...keter mampuih
tgh jln...panas dan air kering....

Demikianlah....kawasan2 lain pon gitu jugak...kalu nak singgah, singgah kat
perhentian besor yg ramai org...dan perhatikan kereta anda selalau...tq

................................................................
Polis tumpas kegiatan pecah cermin kereta di hentian R&R

ALOR GAJAH – Polis Daerah Alor Gajah berjaya menyelesaikan kes pecah kereta dan
curi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) hanya dalam tempoh 20 minit apabila
berjaya menahan seorang lelaki di Plaza Tol Ayer Keroh di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Umar Ali Saifuddin Shaharuddin
berkata, lelaki berusia 42 tahun yang berasal dari Johor itu diberkas selepas
memecahkan cermin sebuah kereta dan mencuri barangan milik sebuah keluarga yang
berhenti di R&R Jejantas Ayer Keroh arah Selatan.

Menurutnya, kira-kira jam 2.30 pagi, mangsa berumur 45 tahun bersama anaknya
berumur 13 tahun yang dalam perjalanan ke Johor singgah di Hentian R&R Jejantas
Ayer Keroh arah Selatan untuk berhenti rehat dan makan.

"Tetapi apabila hendak meneruskan perjalanan 30 minit kemudian, mangsa dapati
cermin kereta sebelah kiri Perodua MyVi miliknya telah dipecahkan," katanya pada
sidang media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Alor Gajah di sini,
semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, polis mendapati barang milik mangsa,
termasuk wang tunai RM990, telefon bimbit jenis Nokia, buku Amanah Saham
Bumiputera (ASB), lesen memandu kelas D dan buku suntikan Kementerian Kesihatan
dan kad pengenalan kedua-dua mangsa hilang.

Menurut Umar, keluarga berkenaan dengan bantuan orang awam telah menghubungi IPD
Alor Gajah pada jam 3.15 pagi, sebelum sepasukan polis diketuai Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah IPD Alor Gajah, Asisten Superintenden Wan Fauzi Wan Ishak yang
kebetulan berada di tempat kejadian menemui mangsa.

"Suspek berjaya ditemui di dalam tandas di R&R dan berjaya ditangkap pada jam
3.45 pagi. Hasil pemeriksaan dalam kereta suspek, kita telah menemui wang tunai
bernilai RM1,315, dua telefon bimbit jenis Nokia, beg sandang, beg tangan, beg
duit, beg pakaian dan satu alat diperbuat daripada besi dan dikimpal dengan paku
serta pita pelekat hitam," katanya.

Beliau berkata, alat berkenaan dipercayai digunakan untuk memecahkan cermin
kereta mangsa dan hasil siasatan, kita dapati suspek mempunyai enam rekod
jenayah sebelum ini.

Suspek ditahan reman selama empat hari berakhir hari ini selepas turut didapati
positif dadah jenis Amphetamine.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri.

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews