18 April 2009

Ganjaran RM10,000

KUALA LUMPUR: Tercabar dengan tindakan kurang ajar `Rasul Melayu’ menggunakan pengikut taksub mengedar surat terbuka menuntut lima pertuduhan menyebarkan ajar sesat terhadapnya digugurkan tanpa sebarang syarat, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menawarkan ganjaran RM10,000 kepada orang ramai yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya ketua kumpulan itu.

Ini berikutan Ketua Ajaran Sesat Haji Kahar itu sudah dikategorikan sebagai pesalah jenayah syariah paling dikehendaki di Selangor selepas lebih 10 waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Gambar penjenayah paling dikehendaki itu bakal menjadi senjata terkini Jais untuk memburu ketua ajaran sesat itu, Abdul Kahar Ahmad Jalal yang kini dipercayai sudah menukar penampilannya bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Walaupun gagal dikesan dan tidak menghadiri perbicaraan di mahkamah sejak beberapa tahun lalu, dia masih mencabar kewibawaan pihak berkuasa agama itu apabila menghantar pengikut tegar bagi mengedarkan surat terbuka di pejabat Jais, baru-baru ini.Tindakan tidak diduga itu menyebabkan Jais tercabar lalu menyebarkan ratusan salinan gambar terkini Abdul Kahar, termasuk ditampal di tempat tumpuan awam di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Unit Tindakan Khas Jais, Shahrom Maarof berkata penyebaran gambar penjenayah syariah paling dikehendaki itu bagi memberi maklumat kepada orang ramai mengenai kemudaratan dibawa lelaki terbabit.

Shahrom berkata, pihaknya menggunakan gambar terkini Abdul Kahar yang dirakam dalam serbuan di rumahnya di Hulu Klang sebelum ini, walaupun tidak menolak penjenayah terbabit sudah menukar penampilan.

“Kami percaya penjenayah terbabit menumpang di rumah pengikutnya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi mengelak ditahan pihak berkuasa selepas gagal menghadapi lima pertuduhan di mahkamah tinggi syariah.

wanted ni...

“Pendekatan itu terpaksa dilakukan bagi memastikan dia segera ditahan bagi membuktikan kepada pengikutnya lelaki terbabit memang menyebarkan ajaran sesat,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan ketua ajaran sesat itu melakukan ‘serangan’ melalui pengikut taksubnya dengan mengedarkan surat terbuka di pejabat Jais menuntut lima pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Tindakan yang mencabar kewibawaan Jais itu dilakukan pengikut lelaki terbabit berusia 40-an, di Bahagian Pendakwaan Jais jam 1 tengah hari, 9 Mac lalu.

Shahrom berkata, tindakan mengedarkan gambar penjenayah itu dilakukan selepas lebih 10 waran tangkap yang dikeluarkan masih tidak berjaya membawa lelaki terbabit ke mahkamah.

Beliau berkata, penahanan segera lelaki terbabit perlu dilakukan selepas pengikutnya masih beranggapan ketua ajaran sesat itu ‘manusia suci’ hingga gagal ditahan.

“Pengikut taksub ketua ajaran sesat masih menganggap bos sebagai Rasul dan tidak perlu ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.

“Tindakan ini dapat menamatkan khayalan pengikutnya supaya dapat menerima kenyataan lelaki terbabit penjenayah berbahaya kepada masyarakat,” katanya.

Selain penyebaran gambar berkenaan, Shahrom berkata, pihaknya masih memantau rumah ketua ajaran sesat itu yang kini dihuni anaknya.


-credit to harian metro..

0 comments:

Post a Comment

 

Total Pageviews